Semperna Kemerdekaan Ke-53,di sini terdapat beberapa kuiz berkaitan dengan kemerdekaan.Mari kita lihat adakah anda menghayati erti kemerdekaan ini::
1. ‘Negaraku’ adalah lagu nasional Malaysia.
a) Betul
b) Salah
c) Tidak pasti
2. Siapakah yang melaungkan perisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957?
a) Tun Abdul Razak
b) Tunku Abdul Rahman
c) Dato’ Seri Dr. Mahathir
3. Berapakah jalur yang terdapat dalam Bendera Jalur Gemilang?
a) 13
b) 14
c) 15
4. Sebutkan tarikh penuh kemerdekaan Malaysia?
.....................................................................................
5. Apakah tema sambutan kemerdekaan bagi tahun 2000 dan 2001?
a) Bersatu Ke Alaf Baru
b) Keranamu Malaysia
c) Berdisiplin berbakti
6. Tahun 2007 adalah ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-...
...................................................................................
7. Lagu Terang Bulan merupakan lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berasal dari negeri?
...................................................................................
8. Bilakah kereta nasional negara dilancarkan?
a) 1985
b) 1986
c) 1987
9. Logo berikut adalah logo semasa sambutan kemerdekaan pada tahun 1996. Apakah tema sambutan kemerdekaan pada tahun tersebut?
Tema: .......................................................................
10. Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
a) Betul
b) Salah
c) Tidak pasti
11. Pada tahun bilakah Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia?
a) 1980
b) 1981
c) 1982
12. Bilakah penubuhan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?
a) 24 Ogos 1959
b) 10 Sseptember 1957
c) 13 Oktober 1958
13. Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
.......................................................................................................
14. Apakah tema sambutan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2007?
a) Malaysiaku Gemilang
b) Keranamu Malaysia
c) Berbakti Berdisipin
15. Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke lima?
............................................................................................................
16.Bilakah pengisytiharan rasmi Rukun Negara?
a) Semasa sambutan kemerdekaan yang ke 13
b) Semasa sambutan kemerdekaan yang ke 12
c) Semasa sambutan kemerdekaan yang ke 11
17. Tahun bilakah Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara?
a) 1967
b) 1968
18. Bendera British telah diturunkan jam 12 malam pada 31 Ogos 1957. Di manakah peristiwa penurunan bendera tersebut berlaku?
a) Dataran Merdeka
b) Padang Kelab Selangor
19. Tun Abdul Razak dikenali sebagai?
a) Bapa Pembangunan
b) Bapa Kewangan
c) Bapa kemerdekaan
Sumber www.mohe.gov.my/images/kuiz_merdeka_2007.doc
0 comments:
Post a Comment